ASMAUL HUSNA

di manakah transisiku ....

blogku

;

Satu

Satu satu satu

(satu kenangan manis

di Kampung Air, Tuaran - 1978)

Satu

….satu…satu….satu….satu…..

satu satu bersatu

satu

satu

….satu….satu….satu….

bersatu

…..satu …… satu….

menyatu

dan

dua

dua ….dua

…..dan dua …..

mengerat setia

menempuh segala

berdua

dan

dua berdua

berdua di tepi

berdua di tengah

bersegi di sisi

bersegi di tengah

memanjang di bawah

terpacak teguh megah

alun lembut sesekali mengaum

menghidang lagu menghibur gundah

dan

akupun membuai lena

membayang mimpi melukis ceritera

wewarna hidup indah segala

seketika

di sana

Mpg, kks

1978

DINIHARI

Dinihari

kulihat rembulan

rembulan malu di balik awan

malu melihat senda gurauan

di bawah pepohonan

kutenung pada awan

bergumpal garang berarak segak

beriak lalu mengikut rentak

mengurung rembulan

dari pandangan

kucari kutelek pada bebintang

terlalu tinggi gemerlap terang

ku di sini tak berbayang

dan mataku mencari

merdu cengkerik mengalun mimpi

dondang unggas menjentik hati

pernah dulu saling berlagu

menyenyakkan tidurku

lahad datu

8683

buat hana r.

Buat Hana

bibir tak pernah berperi

seperti jejari mengukir janji

seperti mata mengerling sapa

seperti hati mencuit rasa

bibir tak pernah bersabda

seperti di kertas coretan tinta

seperti di bayu membawa rindu

seperti mimpi dimalam kelu

ketika sendiri membilang hari

tak pasti

bibir tak lagi berseri

semanis seindah seseri

sewaktu pertama bertentang mata

sewaktu pertama bertegur sapa

kuberdiri menyoal sendiri

untuk apa kerana apa helaian sutera

membungkus pesona melenyap madah syair seloka

memadam coretan wewarna dilukis bersama

dan

tertinggallah aku ternanti-nanti

madah kata di tangan ini

masih kugenggam kini

isyarasyid

nibong tabal

270809

Sunday, August 23, 2009

pelarian

pelarian

menggamit bibir menyimpul
memempin bertatih meniti arus
menuju destinati
di puncak ilusi berwarna warni

tatkala rebah bangun semula
rebah
bangun
rebah bangun
bangun bangun bangun
sendiri berlari lagi
sendiri mengejar mimpi
ke tengah
ke tepi
ke sisi
tengah tepi sisi
tepi tengah sisi
jalan lurus tak terlangkahi
kerana diri asyik rebah
asyik tersungkur
asyik tertiarap
tergapai
gapai

pun begitu
seupaya daya bangkit semula
memecut diri tanpa gurau tanpa sapa
tak peduli sopan tak peduli susila
tanpa hidangan melengah masa
kerana masa sekadar sisa

dan nanti
bila helaan di hujung denyut
tak upaya diri menyembah sujud
tiada sesaat menambah bekalan
keredhaankah
atau
penyesalan ?


isyarasyid
nibong tabal 3997

No comments:

Post a Comment