Satu
Satu satu satu
(satu kenangan manis
di Kampung Air, Tuaran - 1978)
Satu
….satu…satu….satu….satu…..
satu satu bersatu
satu
satu
….satu….satu….satu….
bersatu
…..satu …… satu….
menyatu
dan
dua
dua ….dua
…..dan dua …..
mengerat setia
menempuh segala
berdua
dan
dua berdua
berdua di tepi
berdua di tengah
bersegi di sisi
bersegi di tengah
memanjang di bawah
terpacak teguh megah
alun lembut sesekali mengaum
menghidang lagu menghibur gundah
dan
akupun membuai lena
membayang mimpi melukis ceritera
wewarna hidup indah segala
seketika
di
Mpg, kks
1978
DINIHARI
Dinihari
kulihat rembulan
rembulan malu di balik awan
malu melihat senda gurauan
di bawah pepohonan
kutenung pada awan
bergumpal garang berarak segak
beriak lalu mengikut rentak
mengurung rembulan
dari pandangan
kucari kutelek pada bebintang
terlalu tinggi gemerlap terang
ku di sini tak berbayang
dan mataku mencari
merdu cengkerik mengalun mimpi
dondang unggas menjentik hati
pernah dulu saling berlagu
menyenyakkan tidurku
lahad datu
8683
buat hana r.
Buat Hana
bibir tak pernah berperi
seperti jejari mengukir janji
seperti mata mengerling sapa
seperti hati mencuit rasa
bibir tak pernah bersabda
seperti di kertas coretan tinta
seperti di bayu membawa rindu
seperti mimpi dimalam kelu
ketika sendiri membilang hari
tak pasti
bibir tak lagi berseri
semanis seindah seseri
sewaktu pertama bertentang mata
sewaktu pertama bertegur sapa
kuberdiri menyoal sendiri
untuk apa kerana apa helaian sutera
membungkus pesona melenyap madah syair seloka
memadam coretan wewarna dilukis bersama
dan
tertinggallah aku ternanti-nanti
madah kata di tangan ini
masih kugenggam kini
isyarasyid
nibong tabal
270809
Tuesday, December 21, 2010
Lemahkah wanita
pabila anak lembu susukan
nasi suami pelayan laukkan
nyenyakan bayi nenda dodoikan
kain pakai sendiri amah basuhkan
untuk tambahan segenggam nasi
tak pernah mencukupi
Lemahkah wanita
ke hilir kehulu menyebok masa
di sini di situ menjaja kata
memuja idola melaris niaga
demi tambahan segenggam nasi
yang perlu disisa basi
Lemahkah wanita
di majlis di dewan di panggung di jalanan
lantang mendebat garang berhujah
segak menyusun lelangkah
menagih tambahan segenggam nasi
bekalan anak cucu menyenang diri
di kemudian hari
Lemahkah wanita
mentaati nafsu mematuhi mata
menjual kasih melelong sayang membuta cinta
mencari tambahan segenggam nasi
dapat memahal ego diri
dan segenggam nasi lagi
untuk rakan sehidup semati
di akhir hayat bersama berkongsi
atau
lelakikah yang lemah
rasz rudra
21/12/10

No comments:
Post a Comment