Satu
Satu satu satu
(satu kenangan manis
di Kampung Air, Tuaran - 1978)
Satu
….satu…satu….satu….satu…..
satu satu bersatu
satu
satu
….satu….satu….satu….
bersatu
…..satu …… satu….
menyatu
dan
dua
dua ….dua
…..dan dua …..
mengerat setia
menempuh segala
berdua
dan
dua berdua
berdua di tepi
berdua di tengah
bersegi di sisi
bersegi di tengah
memanjang di bawah
terpacak teguh megah
alun lembut sesekali mengaum
menghidang lagu menghibur gundah
dan
akupun membuai lena
membayang mimpi melukis ceritera
wewarna hidup indah segala
seketika
di
Mpg, kks
1978
DINIHARI
Dinihari
kulihat rembulan
rembulan malu di balik awan
malu melihat senda gurauan
di bawah pepohonan
kutenung pada awan
bergumpal garang berarak segak
beriak lalu mengikut rentak
mengurung rembulan
dari pandangan
kucari kutelek pada bebintang
terlalu tinggi gemerlap terang
ku di sini tak berbayang
dan mataku mencari
merdu cengkerik mengalun mimpi
dondang unggas menjentik hati
pernah dulu saling berlagu
menyenyakkan tidurku
lahad datu
8683
buat hana r.
Buat Hana
bibir tak pernah berperi
seperti jejari mengukir janji
seperti mata mengerling sapa
seperti hati mencuit rasa
bibir tak pernah bersabda
seperti di kertas coretan tinta
seperti di bayu membawa rindu
seperti mimpi dimalam kelu
ketika sendiri membilang hari
tak pasti
bibir tak lagi berseri
semanis seindah seseri
sewaktu pertama bertentang mata
sewaktu pertama bertegur sapa
kuberdiri menyoal sendiri
untuk apa kerana apa helaian sutera
membungkus pesona melenyap madah syair seloka
memadam coretan wewarna dilukis bersama
dan
tertinggallah aku ternanti-nanti
madah kata di tangan ini
masih kugenggam kini
isyarasyid
nibong tabal
270809
Wednesday, December 8, 2010
K
Tak perlu menjadi tua
andai seharian sebok dengan fail
dan folder didokumentasikan
sebagai bukti kerja kita lakukan
Tak perlu menjadi tua
Andai yg wajib, yg sunat, yg haram
Tak nak ditentu
Hanya nak ikut kehendak tertentu
Tak perlu menjadi tua
andai yg papa dipergunakan
dieksploitasikan untuk mendokumentasikan
amal kebajikan telah dilaksanakan
tak perlu menjadi tua
andai tipu muslihat
ditentatifkan
mengabui mata yang berkuasa
tak perlu menjadi tua
andai skt, pangkat, ganjaran, profesionalisme
dijadi senjata mengumpan bawahan
membuat kerja
tak perlu menjadi tua
Andai bebudak yg baik
dan yg pandai saja ditumpu
yang bodoh, yg nakal, yg undisiplined
dibiar melalak, menghilai, menjerit-jerit macam hantu
dikutuk dicaci dihina hanya di belakang pintu
tak perlu menjadi tua
andai kecemerlangan dikejarkan
adab sopan budaya bangsa tak diendahkan
tak perlu menjadi tua
andai yang berdahi licin menutup mata
meng’sah’kan segala tanpa disemak dibaca
tak perlu menjadi tua
andai masih terkial-kial
yang mana emas yang mana kaca
tak perlu menjadi tua
andai hidup masih berpura
di depan memuji menyokong merangsang
mengutuk mengeji membenci di belakang
tak perlu menjadi tua
andai masih tak kenal AKU siapa
hamba siapa
siapa siapa
terima kasih guruku menganugerahiriku
sedikit ilmu ilham dan upayaMu
memaparkan rasa
terdendam di dada
dan kupinta
perkuatkan aku untuk
mengharung risiko kerananya.

No comments:
Post a Comment