ASMAUL HUSNA

di manakah transisiku ....

blogku

;

Satu

Satu satu satu

(satu kenangan manis

di Kampung Air, Tuaran - 1978)

Satu

….satu…satu….satu….satu…..

satu satu bersatu

satu

satu

….satu….satu….satu….

bersatu

…..satu …… satu….

menyatu

dan

dua

dua ….dua

…..dan dua …..

mengerat setia

menempuh segala

berdua

dan

dua berdua

berdua di tepi

berdua di tengah

bersegi di sisi

bersegi di tengah

memanjang di bawah

terpacak teguh megah

alun lembut sesekali mengaum

menghidang lagu menghibur gundah

dan

akupun membuai lena

membayang mimpi melukis ceritera

wewarna hidup indah segala

seketika

di sana

Mpg, kks

1978

DINIHARI

Dinihari

kulihat rembulan

rembulan malu di balik awan

malu melihat senda gurauan

di bawah pepohonan

kutenung pada awan

bergumpal garang berarak segak

beriak lalu mengikut rentak

mengurung rembulan

dari pandangan

kucari kutelek pada bebintang

terlalu tinggi gemerlap terang

ku di sini tak berbayang

dan mataku mencari

merdu cengkerik mengalun mimpi

dondang unggas menjentik hati

pernah dulu saling berlagu

menyenyakkan tidurku

lahad datu

8683

buat hana r.

Buat Hana

bibir tak pernah berperi

seperti jejari mengukir janji

seperti mata mengerling sapa

seperti hati mencuit rasa

bibir tak pernah bersabda

seperti di kertas coretan tinta

seperti di bayu membawa rindu

seperti mimpi dimalam kelu

ketika sendiri membilang hari

tak pasti

bibir tak lagi berseri

semanis seindah seseri

sewaktu pertama bertentang mata

sewaktu pertama bertegur sapa

kuberdiri menyoal sendiri

untuk apa kerana apa helaian sutera

membungkus pesona melenyap madah syair seloka

memadam coretan wewarna dilukis bersama

dan

tertinggallah aku ternanti-nanti

madah kata di tangan ini

masih kugenggam kini

isyarasyid

nibong tabal

270809

Sunday, May 1, 2011

bila kalam tiada

Pabila kalam tiada


Pabila
kalam patah pena di mana entah
dakwat kering helaian menjeling
lidah pula ingin menari
melakar kekata di lubuk hati
mendendang peri
tak dipeduli

bila
segalanya patah menghilang diri
lakon jejari tiada mengganti
kata bicara dikejut mati
jerit siapa lagi
berani melaung kekata
menyedarkan mereka yang terleka
mengejar impian kepura-puraan
kemahuan diri tiada batasan


lahad datu
210183
Biarkanlah


Biarkanlah dia pergi
usah dipeduli lagi
tak perlu airmata mengiringinya
mahupun tangan menadah doa
doa syahdu memanjat harap

dia di sini
tak sudi melenggang lenggokan penari
tak pernah mensyair dendang gurindam
tak tahu memalu rentak yang enam

hadirnya di sini
tiada dijemput tiada dinanti
tiada dipesan walau sekali
tiada dipeduli melakon diri
melakon diri mengalah ratu
melakon diri menyalah laku

dan kita teruskan jua
menari mengiring lelagu ria
melupa segala pesona
membuta perit di kelopak mata
memekak rintih di cuping telinga


isyarasyid
nibong tebal
1997



Sunday, April 17, 2011

tik tik tik

t i k


t i k
t i k t i k t i k
tik tik tik tik tik
t i k t i k t i k
tik tik
tik
t i k
tik tik
tik tik tik
tik tik tik tik tik
tik tik tik tik tik
tik tik tik tik tik
tik tik tik tik
tik tik tik
tik tik
t i k
tikt
t
i
k
tik tik tik tik
tik tik tik tik
tik tik
t i k t i k t i k
tik tik tik tik tik
t i k t i k t i k
tik tik tik
t i k t i k t i k
A World I Never MadeA World I Never MadeA World I Never MadeA World I Never Made

sinaran pagi

Sinaran Pagi

Keretapi itu
seketika berhenti berlari
di hentian ini
aku berdiri sendiri
menanti rerodanya kembali
mengejar destinasi diingini
lalu mata galakku
terpandang bunga menguntum madu
memikat lebah menjerat rindu
rindu tak kunjung padam
rindu tersimpan menjadi dendam


isyarasyid
lahaddatu
1082

mahligaiku

Mahligaiku

Mahligaiku hidupku
kuperah segala peluh tetulang daging dan kulit
seluruh anggota segala sakit segala perit
segala harta segala pusaka telah kugadai
untuk kucacak tetiang emas bercanai
untuk kuhampar batu permata sebagai lelantai
kudindingi dengan kaca berwarni-warna
tegak gagah dimata dunia
megah terpampang pahatan namaku
semua mata terpukau tentu
semua lidah bisu terkilu

pagi tadi
tidurku bangun
kupandang kurenung kutenung
kurenung kutenung
kurenung merenung
merenung pada seleraknya sisa
ranap ia sekelip mata
upayaku cuma
menongkat dagu menggaru kepala




raszoszie
nibong tebal
190311

aku binatang

AKU BINATANG


aku binatang
bila mereka memanggilku binatang
aku binatang
bila mereka membajukanku binatang
aku binatang
bila mereka mengandangkanku binatang

binatanglah aku
bila mereka membayangiku binatang
binatanglah aku
bila mereka mendaulahkanku binatang
binatanglah aku
bila mereka membudi bahasaku binatang

dan
biarlah aku binatang kerana binatang
tiada pangkat tiada darjat untuk dibilang
tiada jasa tiada khidmat untuk dikenang
tiada nama tiada pusaka
tiada keranda berkilau warna
tiada nisan berbatu permata
tiada dosa pahala
tiada neraka syorga
akhir hidupnya


jie
250311

Saturday, January 22, 2011

KALAU AKU JADI PENGETUA

mimpi 1

KALAU AKU NAK NAIK PENGETUA

Kalau aku
Kalau aku
kalau aku nak naik Pengetua
aku kena jaga sopan budayaku
aku kena jaga budi bahasaku
aku kena jaga kata bicaraku
aku kena jaga tutur kataku
mulut kena manis
senyum selalu

kalau aku
kalau aku
kalau aku
nak naik Pengetua kalu
aku kena jaga baju seluarku
aku kena jaga sijil ijazahku
aku kena jaga sakit sihatku
kena jaga bangun tidurku
kena jaga periuk nasiku
kereta motorku
duit ringgitku
diriku
aku

kalau aku nak jadi Pengetua kalu
aku kena kerja macam mata-mata
aku kena kerja macam pemberita
kena kerja macam peniaga
macam pengusaha
macam pegawai
penggawa
pemutus
bicara

aku kena taat ikut arah
aku kena tegas bagi arah
aku kena petah bersyarah
aku kena ...........
aku kena
aku kena
kena
kena jadi cikgu yang baik
kena jadi cikgu yang popular
dipuji dipuja disanjung disayang
kena jadi cikgu yang terbilang
cikgu yang ........
cikgu yang ........
yang ......
yang
yang

kalau aku
nak naik Pengetua kalu
semua itu aku nak kena jaga
semua itu aku nak kena jad
semua itu aku nak kena buat
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
baik aku jadi pelakon biasa sahaja
pelakon watak jahat yang orang tak suka
berlakon dengan bebudak mengisi transisiku
agar mereka tak lalai dan tak leka
asyik dengan hilai ketawa
jadi kacang hantu
tak kenal masa
tak tahu waktu
bertingkahlaku

dan aku lebih suka
dihehari pencenku
bebudakku
tahan kena marah
tahan kena caci
kena maki
kena kutuk
kena umpat
kena keji
tahan kena cubit
kena tampar kena tempeleng
tahan kena tendang
kena sepak kena terajang
kerana mereka nanti
akan hadapi
akan rasai
akan lalui
jutaan ranjau
jutaan onak jutaan duri
untuk menjadi 1Malaysia yang kental waja
tahan dan boleh segala
tak takut tak gentar
kecuali YANG ESA

Minta maaf banyak-banyaklah kekawan oi
minta maaf banyak-banyaklah saudara mara oi
minta maaf banyak-banyaklah ibu bapa
minta maaflah tetuan pepuan
minta maaflah dedatok
minta maaflah dedoktor
dan minta maaflah
semua

aku lebih senang berperanan jahat
diumpat dihina dicaci dimaki
dari aku memejamkan mata
memekakkan telinga
mengunci mulut
rapat tertutup
bila
bebudak 1Malaysiaku
bertingkahlaku
tak kenal masa
tak tahu detik
tak nampak waktu.

dan aku tak mahu
apa-apa
dari
ANDA

(salam sejahtera dan selamatlah segala)


Bebudak 1Malaysia
mengamalkan
- 1 Bahasa - Bahasa Melayu (Perlembagaan)
- 1 Budaya - Budaya Melayu ( " )
- 1 Bangsa - Bangsa Malaysia
- 1 Agama - Agama Yang Benar (kembali mengamalkan ajaran agama yang dianuti)
- 1 Halatuju - 1Malaysia Waja