mimpi 1
KALAU AKU NAK NAIK PENGETUA
Kalau aku
Kalau aku
kalau aku nak naik Pengetua
aku kena jaga sopan budayaku
aku kena jaga budi bahasaku
aku kena jaga kata bicaraku
aku kena jaga tutur kataku
mulut kena manis
senyum selalu
kalau aku
kalau aku
kalau aku
nak naik Pengetua kalu
aku kena jaga baju seluarku
aku kena jaga sijil ijazahku
aku kena jaga sakit sihatku
kena jaga bangun tidurku
kena jaga periuk nasiku
kereta motorku
duit ringgitku
diriku
aku
kalau aku nak jadi Pengetua kalu
aku kena kerja macam mata-mata
aku kena kerja macam pemberita
kena kerja macam peniaga
macam pengusaha
macam pegawai
penggawa
pemutus
bicara
aku kena taat ikut arah
aku kena tegas bagi arah
aku kena petah bersyarah
aku kena ...........
aku kena
aku kena
kena
kena jadi cikgu yang baik
kena jadi cikgu yang popular
dipuji dipuja disanjung disayang
kena jadi cikgu yang terbilang
cikgu yang ........
cikgu yang ........
yang ......
yang
yang
kalau aku
nak naik Pengetua kalu
semua itu aku nak kena jaga
semua itu aku nak kena jad
semua itu aku nak kena buat
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
baik aku jadi pelakon biasa sahaja
pelakon watak jahat yang orang tak suka
berlakon dengan bebudak mengisi transisiku
agar mereka tak lalai dan tak leka
asyik dengan hilai ketawa
jadi kacang hantu
tak kenal masa
tak tahu waktu
bertingkahlaku
dan aku lebih suka
dihehari pencenku
bebudakku
tahan kena marah
tahan kena caci
kena maki
kena kutuk
kena umpat
kena keji
tahan kena cubit
kena tampar kena tempeleng
tahan kena tendang
kena sepak kena terajang
kerana mereka nanti
akan hadapi
akan rasai
akan lalui
jutaan ranjau
jutaan onak jutaan duri
untuk menjadi 1Malaysia yang kental waja
tahan dan boleh segala
tak takut tak gentar
kecuali YANG ESA
Minta maaf banyak-banyaklah kekawan oi
minta maaf banyak-banyaklah saudara mara oi
minta maaf banyak-banyaklah ibu bapa
minta maaflah tetuan pepuan
minta maaflah dedatok
minta maaflah dedoktor
dan minta maaflah
semua
aku lebih senang berperanan jahat
diumpat dihina dicaci dimaki
dari aku memejamkan mata
memekakkan telinga
mengunci mulut
rapat tertutup
bila
bebudak 1Malaysiaku
bertingkahlaku
tak kenal masa
tak tahu detik
tak nampak waktu.
dan aku tak mahu
apa-apa
dari
ANDA
(salam sejahtera dan selamatlah segala)
Bebudak 1Malaysia
mengamalkan
- 1 Bahasa - Bahasa Melayu (Perlembagaan)
- 1 Budaya - Budaya Melayu ( " )
- 1 Bangsa - Bangsa Malaysia
- 1 Agama - Agama Yang Benar (kembali mengamalkan ajaran agama yang dianuti)
- 1 Halatuju - 1Malaysia Waja